Tahun : 2 Gemilang
Tarikh : 21 Julai 2008
Masa : 60 minit ( 8.45-9.45 pagi )
Bilangan Murid : 30 orang
Tajuk : Destinasi Pelancongan
Ojektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid-murid boleh
i. Bertutur. Bertutur dengan menggunakan bahasa yang sesuai, bertatasusila dan menggunakan kata nama dan kata ganti diri
ii. Membaca. Membaca petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul, lancar dan memahami perkara yang dibaca
iii. Menulis. Menulis semula soalan yang diberikan dan menjawab dengan baik berdasarkan petikan yang telah dibaca.
Fokus utama :
Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1
i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang sesuai
ii. Melafazkan ucapan secara bertatasusila dalam perbualan.
Aras 2
i. Menggunakan kata panggilan dan kata ganti diri yang sesuai mengikut situasi perbualan
Aras 3
i. Menyatakan perasaan dan teguran secara berterus terang dengan sopan dalam perbualan.
Fokus sampingan :
Membaca kuat teks petikan bertajuk ‘Perjalanan dengan Kereta Api’ dengan sebutan dan intonasi yang betul,membaca dengan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 1
i. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta lancar.
ii. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca
Menulis dan menjawab soalan yang dibina oleh guru.
Aras 1
i. Menulis soalan dalam buku latihan dan murid menjawab soalan tersebut berdasarkan petikan.
Kemahiran Bahasa :
Bertutur dan mendengar, mendengar dan menulis
Sistem Bahasa :
Tatabahasa - Kata nama am, khas dan ganti nama.
Sebutan dan intonasi - Dialog, petikan
Pengisian Kokurikulum :
Ilmu - Kajian Tempatan
Nilai - kasih sayang, menghargai keindahan alam sekitar
Kemahiran Bernilai Tambah :
Kemahiran berfikir - menjana idea, menyampaikan maklumat dengan betul
Kecerdasan Pelbagai - verbal linguistik
Pengetahun Sedia Ada : Pernah dan tahu :
-membaca dan menyampaikan maklumat.
-membina soalan
Bahan Bantu Belajar : Komputer
Gambar tempat pelancongan di Malaysia
Lembaran kerja
Langkah | Isi Pelajaran | Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran | Catatan |
Set Induksi 5 minit | Aktiviti pada masa lapang | Guru meminta murid-murid untuk menyatakan aktiviti yang dilakukan oleh mereka pada masa cuti. | BBM : Gambar Destinasi Pelancongan |
Langkah 1 10 minit | Ceritakan peristiwa menarik yang dialami | Guru meminta beberapa orang murid menceritakan tentang peristiwa menarik yang dialami pada masa cuti dan murid lain mendengarnya. | Sistem Bahasa : Tatabahasa Kata nama Kata nama khas KBT : Menyampaikan maklumat. Verbal linguistik |
Langkah 2 20 minit | Ceritakan satu peristiwa | Guru membahagikan murid kepada kumpulan 6 kumpulan. Setiap kumpulan akan diberikan tajuk perbincangan iaitu perkelahan atau lawatan. Guru meminta seorang murid untuk bangun dan murid lain menyoalnya secara bergilir-gilir. - Ke mana kamu pergi? - Bagaimana kamu pergi? - Apa yang kamu bawa? - Apa peristiwa yang menarik di sana? | KBT : Kontekstual Nilai murni : Kerjasama |
Langkah 3 20 minit | Membaca petikan Perjalanan Dengan Kereta Api Pembentukan soalan | Guru mengedarkan satu petikan dan meminta beberapa orang murid membacanya dengan kuat. Guru meminta murid lain mendengar dan menyemak bacaan tersebut. Guru meminta murid membina soalan berdasarkan petikan tersebut. Guru meminta murid menulis soalan yang dibina dalam buku latihan. | KP : Verbal Linguistik |
Penutup 5 minit | Penutup kognitif : Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? | Guru menyimpulkan pelajaran dan menerangkan faedah yang bercuti serta menggalakkan murid bercuti bersama keluarga. Merujuk kepada slogan ‘Cuti-cuti Malaysia’ | Nilai murni: Menghargai keindahan alam |
Perjalanan dengan Kereta Api
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menaiki kereta api. Saya menaiki kereta api kerana hendak pegi ke butterworth. Pengalaman menaiki kereta api amat menyeronokkan.
Pengalaman dengan kereta api banyak kelebihannya. Laluan kereta api tidak terlibat dengan kesesakan lalu lintas. Oleh itu, perjalanannya cepat dan selesa. Selain itu, tambang kereta api agak murah.
Semasa menaiki kereta api, saya dapat mengisi masa lapang dengan membaca. Saya juga dapat melihat pemandangan yang indah di sepanjang kiri dan kanan jalan. Apabila lapar, saya pergi ke kantin unutk menjamu selera. Saya dapat melihat pelbagai ragam penupang semasa berjalan dari gerabak ke gerabak.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa maslah yang terpaksa saya alami. Kereta api akan berhenti di stesen yang tertentu sahaja. Kita terpaksa mencari kenderaan lain untuk pergi ke destinasi yang dituju.
Ada masanya perjalanan dengan kereta api tergendala. Perkara ini belaku mungkin disebabkan kerja-kerja pembaikan landasan. Oleh itu, ada penumpang yang terpaksa menunggu sehingga kerja itu selesai.
Saya berasa amat seronok menaiki kereta api. Hal ini demikian kerana saya berasa selamat kerana menaiki kereta api jarang-jarang terlibat dengan kemalangan.
VIDEO PERJALANAN DENGAN KERETAPI
No comments:
Post a Comment